Seminar Bahasa Melayu
Seminar Bahasa Melayu
Pada tahun-tahun yang lalu, MLCS menganjurkan Seminar Bahasa Melayu setiap tahun. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu Seminar Bahasa Melayu sebagai wadah perkongsian kajian di bilik darjah yang bermutu, MLCS mengorak langkah untuk menganjurkan Seminar Bahasa Melayu sekali dalam setiap 2 tahun.
Koleksi e-penerbitan Seminar Bahasa Melayu
Seminar Bahasa Melayu 2026
Rabu, 3 Jun 2026
8.30 Pagi - 1 Petang
Sinopsis Perkongsian boleh didapati di sini
https://sites.google.com/view/sbm2026
E-Penerbitan 2026
Berikut adalah e-penerbitan MLCS 2026
1) e-Prosiding Seminar Bahasa Melayu 2026
Seminar Bahasa Melayu 2024 - Memarak Inovasi, Memekar Pedagogi
Tema 'Memarak Inovasi, Memekar Pedagogi' memberi tumpuan bagi merancakkan lagi usaha guru untuk menambah nilai dan mempertingkat PdP di bilik darjah bagi memenuhi matlamat dan hasil pembelajaran serta kemahiran abad ke-21.
Perubahan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk memberikan guru masa yang secukupnya untuk melaksanakan kajian di bilik darjah dengan lebih baik demi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan dalam kalangan para guru bahasa Melayu.
Buku e-prosiding Seminar Bahasa Melayu 2024
|
|---|
Video Seminar Bahasa Melayu 2024 |
|
|---|---|
|
Tema: Memarak Inovasi, Memekar Pedagogi |
|
Penyampaian Ucaptama Penolong Profesor Azilawati Jamaludin.
|
|
Sesi Tanya Jawab |
|
Persembahan yang berjudul Bangsawan Amanat Paduka Raja yang dipersembahkan oleh Cikgu Siti Aidah Mohamad Amin dari sekolah SJI Junior dan Cikgu Muhammad Hafiz Yusof dari Sekolah Menengah Bukit Batok |
|
E-Penerbitan
|

