MLCS Visitors
Pelawat MLCS
Setiap tahun, MLCS menerima kunjungan atau lawatan daripada pelbagai pertubuhan dari dalam dan luar negara. MLCS membuka pintunya untuk menerima kedatangan para pengunjung sambil menjelaskan visi, misi, matlamat dan peranan MLCS dalam pendidikan Bahasa Melayu di Singapura. Lawatan daripada pengunjung baik dari dalam dan luar negara membuka ruang untuk menjalin hubungan kerja dalam usaha MLCS menjelaskan dan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Singapura.