Professional Development Programmes
Professional Learning for Teachers
MLCS menawarkan pelbagai kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
guru Bahasa Melayu di Singapura. Setiap tahun lebih daripada 3,000 guru
telah menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MLCS sejak 2011.
Secara umum, MLCS menawarkan empat program:
a) Tunas Budiman
b) Mekar Budiman
c) Bestari Budiman
d) Cendekia Budiman
Tunas Budiman
Program Tunas Budiman ditawarkan kepada guru yang mempunyai pengalaman
bekerja sebagai guru kurang daripada tiga tahun. Antara kursus yang ditawarkan
kepada para guru ini termasuklah Kursus Pengenalan atau Induction Course,
Sebutan Baky dan penilaian.
Mekar Budiman
Program ini menawarkan pelbagai kursus bagi guru guru mapan yang mempunyai
pengalaman lebih daripada tiga tahun dalam kerjaya perguruan di Singapura.
Kursus ini meliputi pelbagai aspek termasuklah kursus dalam aspek tatabahasa,
Bahasa Melayu, ICT, pedagogi dan penilaian.
Bestari Budiman
Program Bestari Budiman dibuka para kepada Guru Kanan dan Guru Peneraju.
Antara kursus yang dijalankan termasuklah kursus Kepimpinan Instruksional
Hati Budi Melayu dan lain-lain lagi.
Cendekia Budiman
Program Cendekia Budiman melibatkan pengajuran aktiviti Bahasa dan budaya
yang berskala lebih besar dan melipatkan pelibatan lebih ramai guru dan
peserta seperti Seminar Bahasa Melayu yang dianjurkan setiap tahun, Ceramah
Arif Budiman dan Perkongsian Profesional yang melibatkan perkongsian antara
guru-guru tentang Kurikulum Berasaskan Sekolah, Kajian Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Masalah.