Bicara Budiman: Suratman Markasan
Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah menerbitkan video dokumentari Bicara Budiman Suratman Markasan: Catatan Seorang Cendekia. Bahan ini merupakan usaha MLCS untuk merakam dan mendokumentasi perjuangan dan pengalaman Cikgu Suratman Markasan sebagai seorang pendidik tersohor dan sasterawan negara. Video dokumentari ini memaparkan latar belakang kehidupan, pendidikan, perjuangan, buah fikiran, pandangan, falsafah dan harapan Cikgu sebagai seorang pendidik dan sasterawan yang terkenal di Singapura.
MLCS menggalakkan para guru untuk menggunakan video dokumentari Bicara Budiman Suratman Markasan: Catatan Seorang Cendekia sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi pelajaran bahasa Melayu. Sebagai usaha sokongan, MLCS akan membina Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Maktab Rendah) untuk kegunaan para guru dan pelajar. Bahan ini menyediakan beberapa saranan dan contoh bagaimana guru boleh membina aktiviti-aktiviti pembelajaran berasaskan bahan video dokumentari Bicara Budiman Suratman Markasan: Catatan Seorang Cendekia secara berkesan dan menyeronokkan.
Video Dokumentari tentang Cikgu Suratman Markasan ini dibahagikan kepada 5 segmen iaitu: Menongkah Arus
Deklamasi Sajak
Cikgu Suratman Markasan telah mendeklamasikan 5 buah sajak. Berikut merupakan klip video Cikgu Suratman mendeklamasikan sajak-sajak beliau.
Sajak ‘Jalan Permulaan’ oleh Cikgu Suratman Markasan
Sajak ‘Hati Yang Kosong’ oleh Cikgu Suratman Markasan
Sajak ‘Potret Isteri Yang Hilang’ oleh Cikgu Suratman Markasan
Sajak ‘Doa dan Wasiat’ oleh Cikgu Suratman Markasan
Sajak ‘Yang Bernama Guru’ oleh Cikgu Suratman Markasan