Program Penyerapan
MLCS menyediakan program penyerapan ke luar negara untuk guru-guru Bahasa Melayu di Singapura.
MLCS menganjurkan program penyerapan ke Brunei, Malaysia dan Indonesia sejak 2012.Program penyerapan ke Malaysia dan Indonesia merupakan program penyerapan untuk Guru Kanan dan Guru Peneraju yang ditauliahkan oleh Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).
Program penyerapan ke Brunei merupakan program kerjasama kedua-dua buah negara menerusi Memorandum Persefahaman antara Kementerian Pendidikan Singapura dan Brunei. Program ini dibuka kepada semua guru. Guru-guru yang mengikuti program penyerapan ini berpeluang mengikuti siri kuliah mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa, budaya dan sastera termasuklah lawatan ke sekolah serta pusat-pusat budaya.
Program Penyerapan 2026 : Brunei Darussalam
MLCS menyediakan platform untuk guru menimba pengetahuan dan pengalaman secara berterusan. Dalam usaha ini, MLCS telah menyediakan dua program penyerapan ke luar negara untuk guru-guru BM di Singapura.

Program Penyerapan 2025: Sarawak


Gambar-Gambar Program Penyerapan 2025
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - 8-12 September 2025
Program E-Penyerapan
Pada tahun 2023, MLCS telah menganjurkan Program E-Penyerapan untuk Guru Kanan dan Guru Peneraju yang dianjurkan bersama oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan MLCS. Program ini telah berlangsung dari 17 hingga 19 Januari 2023.
Seramai 28 Guru Kanan dan Guru Peneraju telah mengikuti Program ini secara dalam talian.
Objektif program E-Penyerapan ini adalah seperti yang berikut:
Meningkatkan pengetahuan para guru berkaitan dengan bahasa, nilai dan tamadun Melayu;
membolehkan para guru untuk mempelajari dan menerapkan ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan
Membina jaringan kerja dengan pendidik bahasa Melayu di UPSI.
Program ini ditaja oleh Jawatankuasa Penggalakan dan Pembelajaran Bahasa Melayu (MLLPC).







.jpg)

