Bicara Ilmiah
Terokai program Bicara Ilmiah yang menghimpunkan Guru Peneraju dan Guru Kanan untuk memperdalam ilmu tentang pedagogi dan keguruan dalam era moden.

Bicara Ilmiah II Bersama Prof Farish (2025)
Objektif Program Bicara Ilmiah
memperdalam pengetahuan ketua pedagogi dalam bahasa, sastera, budaya, pendidikan, sejarah dan peradaban Melayu;
menyediakan platform bagi ketua pedagogi berinteraksi dalam perbincangan profesional dengan pakar dalam bidang yang berkaitan PdP bahasa Melayu; dan
membolehkan ketua pedagogi untuk membuat refleksi dan mengaitkan pengetahuan yang diraih dengan PdP bahasa Melayu.
Program Bicara Ilmiah yang pertama telah dianjurkan dengan jayanya pada tahun 2023 dengan topik berikut: Darma Pedagogi Pendidik Sebagai Inteligensia.
Bagi program Bicara Ilmiah II, MLCS mengundang Profesor Farish Ahmad Noor untuk berkongsi kepakaran beliau berkaitan tajuk berikut:
Siapakah 'Guru'? Memahami Konsep Guru dan Keguruan dalam Era Pendidikan Moden

Bahan Rujukan Bicara Ilmiah II
Berikut adalah E-Penerbitan dan Slaid Bicara Ilmiah II
Video Temuduga Bersama Prof Farish
Klik pautan dibawah untuk tonton temuduga bersama Prof Farish.
Video Montage Bicara Ilmiah II


Bicara Ilmiah I Bersama Dr Azhar Ibrahim Alwee (2023)
Bicara Ilmiah I: Dr Azhar Ibrahim Alwee (2023)
Bicara Ilmiah I, MLCS telah mengundang Dr. Azhar Ibrahim Alwee (11 Ogos 2023) untuk berkongsi kepakaran beliau berkaitan tajuk ‘Darma Pedagogi Pendidik Sebagai Inteligensia’.
Deklamasi sajak Bila Guru Salah Pandu' oleh Dr. Azhar Ibrahim.
Bahan Rujukan Bicara Ilmiah I:
Slaid pembentangan dan kertas kerja yang disampaikan oleh Dr. Azhar Ibrahim Alwee.






