Bicara Ilmiah
Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), Akademi Guru Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura (MOE) akan menganjurkan program Bicara Ilmiah I buat julung-julung kalinya khusus untuk semua Guru Peneraju dan Guru Kanan.
Objektif program ini adalah seperti berikut:
a. memperdalam pengetahuan ketua pedagogi dalam bahasa, sastera dan budaya Melayu;
b. menyediakan platform bagi ketua pedagogi berinteraksi dalam perbincangan profesional dengan pakar dalam bidang yang berkaitan dengan PdP bahasa Melayu; dan
c. membolehkan ketua pedagogi untuk membuat refleksi dan mengaitkan pengetahuan yang diraih dengan PdP bahasa Melayu.
Bagi program Bicara Ilmiah tahun ini, MLCS telah mengundang Dr. Azhar Ibrahim Alwee untuk berkongsi kepakaran beliau berkaitan tajuk ‘Darma Pedagogi Pendidik Sebagai Inteligensia’.
Deklamasi sajak Bila Guru Salah Pandu’ oleh Dr. Azhar Ibrahim
Berikut kolaj video Program Bicara Ilmiah
Sila klik pautan berikut (Bicara Ilmiah) untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan Program Bicara Ilmiah termasuklah slaid pembentangan dan kertas kerja yang disampaikan oleh Dr. Azhar Ibrahim Alwee.