Professional Learning
Pembelajaran Profesional
MLCS menawarkan pelbagai kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
guru Bahasa Melayu di Singapura. Setiap tahun lebih daripada 3,000 guru
telah menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MLCS sejak 2011.
Secara umum, MLCS menawarkan empat program:
a) Tunas Budiman
b) Mekar Budiman
c) Bestari Budiman
d) Cendekia Budiman
Tunas Budiman
Program Tunas Budiman ditawarkan kepada guru yang mempunyai pengalaman
bekerja sebagai guru kurang daripada tiga tahun. Antara kursus yang ditawarkan
kepada para guru ini termasuklah Kursus Pengenalan atau Induction Course,
Sebutan Baku dan Penilaian.
Mekar Budiman
Program ini menawarkan pelbagai kursus bagi guru-guru mapan yang mempunyai
pengalaman lebih daripada tiga tahun dalam kerjaya perguruan di Singapura.
Kursus ini meliputi pelbagai aspek termasuklah kursus dalam aspek tatabahasa,
e-pedagogi dan penilaian.
Bestari Budiman
Program Bestari Budiman dibuka para kepada Guru Kanan dan Guru Peneraju.
Antara kursus yang dijalankan termasuklah program Bicara Ilmiah, Bestari
Berbicara dan program penyerapan.
Cendekia Budiman
Program Cendekia Budiman melibatkan penganjuran aktiviti bahasa dan budaya
yang berskala lebih besar dan melibatkan lebih ramai guru dan peserta seperti
Seminar Bahasa Melayu, Ceramah Arif Budiman dan Perkongsian Profesional.