School Based Programme
Bengkel Berasaskan Sekolah
MLCS juga menjalankan kursus atau bengkel berasaskan sekolah. MLCS melakar dan menjalankan kursus atau bengkel sesuai dengan keperluan dan permintaan sekolah atau kelompok. Tahun ini, MLCS telah menjalankan pelbagai kursus atau bengkel berasaskan sekolah bagi memenuhi keperluan pembelajaran guru-guru Bahasa Melayu di sekolah dan kelompok. Antara bengkel yang dijalankan termasuklah:
1. Bengkel STP: Penilaian dan Maklum Balas bagi Kelompok Utara 6 dijalankan di Sekolah Menengah Orchid Park pada 4 April 2019 dikendalikan oleh Cikgu Rahmat Subadah
2. Bengkel Pengajaran Pembezaan dalam Pengajaran Penulisan Karangan dijalankan di Sekolah Rendah Yu Neng pada 10 April 2019 dikendalikan oleh Cikgu Salina Hussin
3. Bengkel STP: Penilaian dan Maklum Balas bagi Kelompok Timur 1 dijalankan di Sekolah Rendah Punggol Green pada 12 April 2019 dikendalikan oleh Cikgu Rahmat Subadah
4. Bengkel Pengajaran Penulisan Karangan Naratif bagi Kelompok Utara 4 dijalankan di Sekolah Rendah Greendale pada 1 Julai 2019 dikendalikan oleh Cikgu Muhammad RAfi Abu Bakar
5. Bengkel Penulisan Rubriks bagi P1 dan P2 bagi Kelompok Utara 5 dijalankan pada 18 Julai 2019 dikendalikan oleh Dr Fadilah Isnin dan Cikgu Haryati Surana
6. Bengkel Penggunaan VAK dalam Pengajaran Penulisan Naratif bagi Sekolah Menengah Meridian pada 26 Julai 2019 dikendalikan oleh Cikgu Muhammad Rafi Abu Bakar
7. Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pengajaran Pembezaan di sekolah Rendah Woodlands Ringa pada 1 Ogos 2019 dikendalikan oleh Cikgu Salina Hussin
8. Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Menggunakan SLS bagi Kelompok Utara 1 di Sekolah Rendah Xinmin pada 20 Ogos 2019 oleh Cikgu Rahmat Subadah
9. Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Menggunakan SLS bagi Kelompok Barat 6 di Sekolah Rendah Kranji pada 29 Ogos 2019 oleh Cikgu Rahmat Subadah