Program Penyerapan
Program Penyerapan
MLCS menyediakan platform untuk guru menimba pengetahuan dan pengalaman secara berterusan. Dalam usaha ini, MLCS telah menyediakan dua program penyerapan ke luar negara untuk guru-guru BM di Singapura. Program penyerapan ini bertujuan untuk:
-
meningkatkan pedagogi pengajaran dan penilaian bahasa Melayu
-
menambah dan meraih pengetahuan mengenai bahasa dan kesusasteraan bahasa Melayu
-
berkongsi pengalaman pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan rakan-rakan guru bahasa Melayu di luar Singapura
-
membina jaringan kerja dengan sekolah, maktab rendah dan institusi pendidikan di luar negara
-
mempelajari budaya masyarakat Melayu di rantau ini.
Program E-Penyerapan untuk Guru Kanan dan Guru Peneraju 2023
Pada tahun 2023, MLCS telah menganjurkan Program E-Penyerapan untuk Guru Kanan dan Guru Peneraju yang dianjurkan bersama oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan MLCS. Program ini telah berlangsung dari 17 hingga 19 Januari 2023.
Seramai 28 Guru Kanan dan Guru Peneraju telah mengikuti Program ini secara dalam talian.
Objektif program E-Penyerapan ini adalah seperti yang berikut:
-
Meningkatkan pengetahuan para guru berkaitan dengan bahasa, nilai dan tamadun Melayu;
-
membolehkan para guru untuk mempelajari dan menerapkan ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan
-
Membina jaringan kerja dengan pendidik bahasa Melayu di UPSI.
Program ini ditaja oleh Jawatankuasa Penggalakan dan Pembelajaran Bahasa Melayu (MLLPC).
Program Penyerapan Ke Negara Brunei Darussalam
Setiap tahun, MLCS memberi peluang kepada guru-guru BM untuk mengikuti Program Penyerapan Ke Brunei Darussalam. Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2011 dalam rangka mengeratkan hubungan dua hala antara negara Singapura dan Brunei Darrussalam dalam bidang pendidikan.
Guru-guru bahasa Melayu dari sekolah rendah dan menengah diberi peluang untuk menimba pengetahuan, pengalaman dan memperkukuh kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Susulan daripada prgram penyerapan ini, para guru membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang kemudiannya dikongsi dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain dalam bentuk perkongsian profesional dan bengkel.
Program Penyerapan untuk Guru Kanan dan Guru Peneraju
MLCS juga menyediakan platform untuk Guru Kanan dan Guru Peneraju mengikuti program penyerapan ke institusi atau badan-badan pendidikan di rantau ini. Sejauh ini, MLCS telah menyediakan platform untuk Guru Kanan dan Guru Peneraju mengikuti program penyerapan ke beberapa tempat di rantau ini termasuklah di:
-
Universiti Pendidikan Indonesai (UPI), Bandung, Indonesia
-
Lembaga Adat Melayu, Pekanbaru, Indonesia
-
Universiti Pendidikan Sultan Indris (UPSI), Perak, Malaysia
Program ini ditaja oleh Jawatankuasa Penggalakan Pembelajaran Bahasa Melayu (MLLPC).