Ceramah Arif Budiman
Ceramah Arif Budiman (CAB) merupakan satu inisiatif yang memberi peluang kepada guru, pelajar, ibu bapa dan penggiat bahasa untuk menimba ilmu daripada pakar serantau dan antarabangsa mengenai perkembangan terbaharu berkenaan bahasa, sastera, nilai, sejarah, adat dan budaya Melayu.
Siri ceramah ini melibatkan pensyarah atau tokoh tersohor dan penyertaan aktif para guru serta pelajar.
Objektif CAB adalah seperti yang berikut:
meningkatkan pengetahuan masyarakat Melayu tentang Bahasa dan budaya Melayu;
-
memperkaya dan memperkasakan masyarakat Melayu dalam menggunakan dan melestarikan Bahasa dan budaya Melayu;
-
dan menyediakan ruang dan peluang bagi masyarakat Melayu untuk mendapatkan pengetahuan daripada pakar tentang perkembangan Bahasa, budaya, nilai, sastera, sejarah dan adat Melayu.
Ceramah Arif Budiman ke-20 (2024)
Slaid Pembentangan Encik Yatiman Yusof
Klik pautan berikut untuk mendapatkan slaid pembentangan Encik
Yatiman Yusof
Sajak Karya Encik Yatiman Yusof |
||
---|---|---|
Gambar Ceramah Arif Budiman 2024
Buku Siri Ceramah Arif Budiman
|
Siri Ceramah Arif Budiman yang lalu
Ceramah Arif Budiman ke -19 (2023, 20 Julai 2023
Tajuk: Naratif Sastera Singapura
Penyampai Ucaptama: Cikgu Suratman Markasan
Klik pautan berikut untuk mendapatkan Slaid pembentangan Cikgu Suratman Markasan.
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022), 23 September 2022
Tajuk: Yang Terbilang dan yang Hilang: Menelusuri Sejarah Awal dan
Perubahan Peranan Bahasa Melayu Melalui Penamaan dan Peristilahan di Singapura
Penceramah: Dr. Imran Tajudeen
Pensyarah Kanan, Universiti Nasional Singapura
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Ceramah Arif Budiman Ke-17, 02 Julai 2021
Tajuk: Bahasa Liberatif dalam Lingkungan dan Sejarah: Potensi dan Hambatan
Penceramah: Dr. Azhar Ibrahim Alwee
Pensyarah, Universiti Nasional Singapura
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Ceramah Arif Budiman Ke-16, 21 Februari 2020
Tajuk: Masa Depan Bahasa Melayu Di Nusantara
Penceramah: Prof Datuk Dr Awang Sariyan
Penyandang Kursi Za'ba, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI)
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Ceramah Arif Budiman Ke-15, 12 Julai 2019
Ceramah Arif Budiman Ke-15, 12 Julai 2019
Tajuk: Singapura Sebelum Raffles
Penceramah: Prof Madya Dr Farish Ahmad Noor
Sekolah Pengajian Antarabangsa, S Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Ceramah Arif Budiman Ke-14, 20 Julai 2018
Tajuk: Naratif Melayu Singapura: Cabaran Berbahasa
Penceramah: Encik Sidek Saniff
Mantan Menteri Negara Kanan, Singapura
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Ceramah Arif Budiman Ke-13, 20 Mei 2016
Tajuk: Naratif Melayu Singapura: Cabaran Berbahasa
Penceramah: Profesor Dr Mikihiro Moriyama
Jabatan Pengajian Asia, Universiti Nanzan, Jepun
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Ceramah Arif Budiman Ke-12, 19 September 2015
Tajuk: Orang Melayu dan Tamdun Melayu dalam Historiografi Melayu Islam
(kurun ke-13 hingga ke-19)
Penceramah: Profesor Dr Tatiana Denisova
Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS)
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Ceramah Arif Budiman Ke- 11, 2014
Tajuk: Nilai-nilai Asas Jati Diri Melayu Sebagai Perekat
Kehidupan Bermasyarakat Berbangsa dan Bernegara
Penceramah: Datuk Al Azhar
Ketua Umum Dewan Pimpinan Harian
Lembaga Adat Melayu, Riau, Indonesia
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Ceramah Arif Budiman Ke-10, 21 September 2013
Tajuk: Takkan Melayu Hilang di Dunia: REaliti dan Harapan
Penceramah: Profesor Dr Arndt Graf
Goethe-University Frankfurt, German
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura
Tajuk: Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu: Perkembangan Hubungan dan Masa
Depannya
Penceramah: Profesor Dr Mahsun
Kepala, Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa,
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia
Tempat: Pusat Bahasa Melayu Singapura