Bestari Berbicara
Bestari Berbicara 2024
Program Bestari Berbicara merupakan program tukikan yang disasarkan untuk para ketua pedagogi khususnya para Guru Kanan dan Guru Peneraju.
Program ini memberikan ruang dan peluang untuk para Guru Kanan dan Guru Peneraju untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka sebagai ketua pedagogi dengan para Guru Kanan dan Guru Peneraju yang lain.
Selain berkongsi amalan terbaik di bilik darjah, mereka juga berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam menyediakan program pementoran di sekolah masing-masing.
Para Guru Kanan dan Guru Peneraju dapat berinteraksi dan berbincang secara profesional dan saling bertukar-tukar pandangan berkaitan tugas-tugas teras yang mereka lakukan di sekolah dalam menyokong pembelajaran profesional guru-guru BM di sekolah masing-masing.
Bahan Digital Bestari Berbicara 2024
Klik di bawah untuk Bahan Digital Bestari Berbicara 2024
Gambar Bestari Berbicara 2024
Bestari Berbicara 2022
Pada tahun 2022, MLCS telah menganjurkan Program Bestari Berbicara pada 27 Oktober. Sembilan Guru Kanan dan Guru Peneraju telah berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dengan rakan-rakan ketua pedagogi yang lain.
Klik pautan berikut untuk mendapatkan bahan digital bagi Bestari Berbicara 2022.