Jejak Budaya
Jejak Budaya 2026
Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah menjalankan program Jejak Budaya dalam talian sejak tahun 2023 dengan memperkenalkan modul gasing dan keris sebagai artifak budaya. Empat lagi artifak telah diperkenalkan pada tahun 2024 dan 2025. Program ini telah mendapat sokongan padu daripada para guru dan pelajar. Seramai 21,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada penyertaan dalam program ini. Terima kasih kami ucapkan atas sokongan dan usaha guru menjayakan program ini di sekolah masing-masing. Program ini juga telah dianugerahkan Anugerah Innergy MOE pada tahun 2024 dan 2025.
|
|
|---|
PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA ADAPTIF DAN INVENTIF DALAM PROGRAM JEJAK BUDAYA
Program ini menerapkan pedagogi gamifikasi dan pembelajaran pengalaman (experential learning) di samping menerapkan kemahiran berfikir secara adaptif dan inventif. Portal SLS, media dan wahana teknologi digabungkan untuk memberikan pengalaman pembelajaran bagi pribumi digital dan dinilai secara langsung (direct assessment).
Pada tahun ini, dua modul baharu akan diperkenalkan. Pelajar berpeluang mendalami pengetahuan berkenaan batu seremban dan busana tradisional Melayu.
MAKLUMAT TENTANG BAHAN PENGAJARAN
-
Setiap sekolah diberikan peluang mendaftar sebanyak 3 kali dalam setahun untuk melaksanakan program ini. Tiada had dikenakan pada jumlah pelajar yang boleh ambil bahagian.
-
Guru-guru digalakkan agar berbincang dengan rakan pendidik di kelas atau peringkat yang lain untuk menentukan kelas, peringkat dan tarikh yang sesuai untuk menjalankan program ini.
Penggunaan SLS
-
Bahan pengajaran Jejak Budaya di SLS telah direka dalam bentuk gamifikasi.
-
Bahan di SLS ini akan dikongsi dengan guru sebelum program dimulakan.
-
Guru boleh membuat penyesuaian mengikut profil pelajar dan pendekatan yang digunakan di sekolah masing-masing.
-
Guru perlu mengingatkan pelajar agar melengkapkan aktiviti serta kuiz-kuiz yang diberikan.
Maklumat di Nearpod
-
Bahan mengenai artifak budaya disediakan dalam aplikasi Nearpod telah dipautkan dalam portal SLS.
-
Akses pada bahan Nearpod dan SLS akan diberikan 2 minggu sebelum tarikh pelaksanaan yang dinyatakan semasa pendaftaran. Guru boleh meneroka bahan sebelum melaksanakan program pada tarikh yang ditetapkan. Berdasarkan bahan di Nearpod, pemerancahan dan aktiviti tambahan boleh dimasukkan dalam SLS jika perlu.
-
Dua minggu seterusnya, sekolah perlu melaksanakan program Jejak Budaya seperti yang dirancangkan. Guru perlu memudah cara perbincangan dengan pelajar setelah program dijalankan.
Bahan-bahan sokongan
-
Bahan SLS
-
Kod Nearpod (bahan boleh diakses selama 2 minggu sahaja)
-
Pautan untuk maklum balas guru
Langkah susulan
Setelah menjalankan program, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu dilengkapkan oleh guru:
a. mengisi borang maklum balas yang diberikan dalam e-mel
b. memuat naik muat kolaj mengandungi gambar-gambar hasil kerja kraf tangan pelajar di borang maklum balas
c. memuat naik muat kolaj mengandungi 5 gambar pelajar membuat aktiviti di borang maklum balas
d. memastikan pelajar telah melengkapkan borang maklum
balas pada akhir program di SLS
PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PIHAK SEKOLAH
Pastikan perkara-perkara berikut disediakan:
-
Peranti untuk menggunakan aplikasi SLS dan Nearpod (Komputer riba/iPad)
-
Bahan-bahan untuk sesi amali gasing:
-
3 helai kertas berwarna untuk setiap pelajar
-
Sebatang pengorek gigi (toothpick) untuk setiap pelajar
-
gam
-
gunting
-
-
Bahan-bahan untuk sesi amali keris:
-
3 helai kertas A4 untuk setiap pelajar
-
Pengokot
-
Gunting
-
Pena berwarna
-
-
Bahan-bahan untuk sesi amali anyaman:
-
Kertas berwarna
-
Gunting
-
-
Bahan-bahan untuk sesi amali batik:
-
Kertas lukis yang telah dicetakkan corak batik (Salinan pdf corak-corak batik akan dikirimkan melalui e-mel)
-
Krayon lilin (oil pastel crayon)
-
Cat air (water colour paint)
-
Berus cat
-
-
Bahan-bahan untuk sesi amali Destar:
-
Kertas Sebak
-
Gunting atau Pembaris
-
Pengokot
-
-
Bahan untuk sesi amali Lambung Kain:
-
Kain Batik Sarung atau Kain Pelekat Sarung
-
-
Bahan untuk sesi amali Batu Seremban:
-
Batu Seremban atau 5 ketul batu kecil bersaiz lebih kurang 4 sentimeter
-
-
Bahan-bahan untuk sesi amali Busana Melayu:
-
Templat lukisan busana Melayu
-
Pensel dan pemadam
-
Pensel Berwarna
-