MLCS 10th Anniversary
Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Pusat Bahasa Melayu Singapura
Pusat Bahasa Melayu Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada 23 November 2020. Tetamu Terhormat Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Pusat Bahasa Melayu Singapura ialah Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal luar. Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10, MLCS telah mengundang tiga pensyarah untuk menyampaikan kertas ucaptama yang disiarkan secara langsung menerusi sesi webinar. Sambutan ulang tahun ini diikuti oleh sekitar 440 peserta dari Singapura, Indonesia, Malaysia, Australia dan Jepun.
Berikut merupakan slaid pembentangan para ucaptama semasa majlis tersebut:
-
‘Melentur Buluh Pengguna Bahasa Melayu’ oleh Dr. Raudhah Yahya, Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-kanak (NIEC)
-
‘Mengajar Bahasa Melayu Kepada Pelajar Bukan Penutur Jati’ oleh Profesor Dr. S. Vijayaletchumy, Universiti Putra Malaysia
-
‘Bahasa Dijunjung, Guru Disanjung’ oleh Dr. Mohamed Fatris Bakaram, Mantan Mufti Negara Singapura
MLCS 10th Anniversary Corporate Video
Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Singapura pada Januari 2010. MLCS mula beroperasi enam bulan berikutnya setelah menyediakan pejabat sementara di Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan (Bishan) dan merancang keperluan pentadbiran dan aktivitinya. Penerbitan ‘Tekad Sedekad’ ini menyusur dan menggalur tekad dan usaha gigih MLCS dalam merancang strategi dan melaksanakan kegiatannya secara tersusun demi ‘memperkasakan guru, mempercekap pelajar dan memperkaya kurikulum’.