Bicara Budiman Series
Terokai siri Bicara Budiman, video dokumentari yang merakam kisah tokoh-tokoh budaya Singapura untuk digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu.
Bicara Budiman Series

1a. Bicara Budiman: Suratman Markasan (Video Dokumentari)
Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah menerbitkan video dokumentari Bicara Budiman Suratman Markasan: Catatan Seorang Cendekia. Bahan ini merupakan usaha MLCS untuk merakam dan mendokumentasi perjuangan dan pengalaman Cikgu Suratman Markasan sebagai seorang pendidik tersohor dan sasterawan negara. Video dokumentari ini memaparkan latar belakang kehidupan, pendidikan, perjuangan, buah fikiran, pandangan, falsafah dan harapan Cikgu sebagai seorang pendidik dan sasterawan yang terkenal di Singapura.
MLCS menggalakkan para guru untuk menggunakan video dokumentari Bicara Budiman Suratman Markasan: Catatan Seorang Cendekia sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi pelajaran bahasa Melayu.
Video Dokumentari: Suratman Markasa
1. Menongkah Arus - Cikgu Suratman Markasa

2. Mencorak Watan - Cikgu Suratman Markasa

3. Mengukir Juang - Cikgu Suratman Markasa

4. Menyulam Aksara - Cikgu Suratman Markasa

5. Menjulang Anugerah - Cikgu Suratman Markasa

Deklamasi Sajak
Cikgu Suratman Markasan telah mendeklamasikan 5 buah sajak. Berikut merupakan klip video Cikgu Suratman mendeklamasikan sajak-sajak beliau.
1. Sajak 'Jalan Permulaan' oleh Cikgu Suratman Markasan

2. Sajak 'Hati Yang Kosong' oleh Cikgu Suratman Markasan

3. Sajak 'Potret Isteri Yang Hilang' oleh Cikgu Suratman Markasan

4. Sajak 'Doa dan Wasiat' oleh Cikgu Suratman Markasan

5. Sajak 'Yang Bernama Guru' oleh Cikgu Suratman Markasan

1b. E-Penerbitan: Saranan Pengajaran & Pembelajaran (Suratman Markasan)
Sebagai usaha sokongan, MLCS membina Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Maktab Rendah) untuk kegunaan para guru dan pelajar. Bahan ini menyediakan beberapa saranan dan contoh bagaimana guru boleh membina aktiviti-aktiviti pembelajaran berasaskan bahan video dokumentari Bicara Budiman Suratman Markasan: Catatan Seorang Cendekia secara berkesan dan menyeronokkan.
2a. Bicara Budiman: Dr Muhammad Ariff Ahmad (Video Dokumentari)
Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah menerbitkan video dokumentari Bicara Budiman: Dr Muhammad Ariff Ahmad. Bahan ini merupakan usaha MLCS untuk merakam dan mendokumentasi perjuangan dan pengalaman Dr Muhammad Ariff Ahmad.
Video Dokumentari: Dr Muhammad Ariff Ahmad
Bicara Budiman 1

Bicara Budiman 2

Bicara Budiman 3

Bicara Budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad - Segmen 1

Bicara Budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad - Segmen 2

Bicara Budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad - Segmen 3

Bicara Budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad - Segmen 4

Bicara Budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad - Segmen 5

Bicara Budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad - Segmen 6

Bicara Budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad - Segmen 7

2b. E-Penerbitan: Saranan Pengajaran & Pembelajaran (Dr Muhammad Ariff Ahmad)
3a. Bicara Budiman: Sarkasi Said (Video Dokumentari)
Words of Wisdom
Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah menerbitkan buku dan video Bicara Budiman Sarkasi Said. Bahan ini merupakan usaha MLCS untuk merakam dan mendokumentasi perjuangan dan pengalaman Pak Sarkasi Said dalam membina dan memperkaya diri dalam seni batik. Buku ini mengandungi transkrip rakaman wawancara video beliau mengenai latar belakang kehidupan, pendidikan, perjuangan, buah fikiran, pandangan, falsafah dan harapan beliau sebagai anak seni dan seniman agung batik.
MLCS menggalakkan para guru untuk menggunakan Bicara Budiman Sarkasi Said sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi pelajaran bahasa Melayu. Sebagai usaha sokongan, MLCS telah membina Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah dan Maktab Rendah) Bicara Budiman Sarkasi Said untuk kegunaan para guru dan pelajar. Bahan ini menyediakan beberapa saranan dan contoh bagaimana guru boleh membina aktiviti-aktiviti pembelajaran berasaskan bahan Bicara Budiman Sarkasi Said secara berkesan dan menyeronokkan.
Semoga penghasilan bahan ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan pencetus idea demi merangsang para guru dan para pelajar untuk mempelajari, mengenali dan menghargai Sarkasi Said sebagai pelukis batik tersohor Singapura.
Video wawancara Bicara Budiman Sarkasi Said
Bicara Budiman Sarkasi Said: Segmen 1 - Budi

Bicara Budiman Sarkasi Said: Segmen 2 - Batik

Bicara Budiman Sarkasi Said: Segmen 3 - Budaya

Bicara Budiman Sarkasi Said: Video ringkas tentang Sarkasi Said








