Resources
Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) membina bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bercetak dan elektronik bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah. Di samping itu juga, MLCS sentiasa berusaha untuk mendigitalkan bahan-bahan PdP yang diterbitkan sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran masa kini. Dalam laman MLCS, para guru dan pengunjung boleh memuat turun bahan-bahan yang disediakan dalam bentuk digital atau membaca langsung bahan-bahan yang diterbitkan dengan mengklik pautan-pautan yang disediakan. Selain itu, para guru juga boleh menonton bahan-bahan yang diterbitkan dalam bentuk video yang boleh diakses secara langsung untuk kegunaan PdP di bilik darjah. Dengan usaha pendigitalan bahan-bahan PdP yang diterbitkan, diharapkan para guru dapat memanfaatkan bahan-bahan tersebut untuk merancakkan lagi PdP bahasa Melayu di bilik darjah.