Cikgu Rahmat Subadah
Cikgu Rahmat Subadah
Guru Pakar
Cikgu Rahmat Subadah meraih ijazah Sarjana Muda pada tahun 1987 daripada Universiti Nasional Singapura. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru setelah memperoleh Diploma Possiswazah daripada Institut Pendidikan Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang pada tahun 1997. Beliau meraih Sarjana Pendidikan pada tahun 2006. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perancang Kurikulum di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum selama 5 tahun. Antara bidang tugas yang beliau laksanakan termasuklah pembinaan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan bahan pengajaran termasuklah bahan ICT bagi menyokong PdP BM di Singapura bagiĀ peringkat sekolah rendah dan menengah. Beliau turut menjalankan kursus berkaitan Sukatan Pelajaran dan Penilaian bagi para guru BM.
Pada tahun 2011, Cikgu Rahmat mula bertugas sebagai Guru Pakar di Pusat Bahasa Melayu Singapura. Antara bidang yang amat diminati beliau termasuklah aspek pedagogi, penilaian dan penggunaan ICT dalam PdP. Selain menjalankan program pembangunan profesional untuk guru, beliau turut berkolaborasi dengan guru membina bahan-bahan PdP bagi merangsang pembelajaran yang berkesan di bilik darjah.