Cikgu Muhamad Rafi Abu Bakar
Cikgu Muhamad Rafi Abu Bakar
Guru Pakar
Cikgu Rafi mendapat Diploma Pendidikan pada tahun 1993. Beliau melanjutkan
pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) di NTU/NIE
pada tahun 2003 dan peringkat Sarjana pada tahun 2010 daripada universiti
yang sama.
Beliau berpengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah. Cikgu Rafi
pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan (PE/CCA, Bahasa Ibunda dan Disiplin)
semasa mengajar di sekolah rendah dan menengah.
Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perancangan Kurikulum sebelum dipindahkan
ke Pusat Bahasa Melayu Singapura. Cikgu Rafi mempunyai pengalaman membina
kurikulum dan membina bahan buku teks sekolah menengah sewaktu bertugas
di Kementerian Pendidikan (2009).
Beliau dilantik sebagai Guru Pakar pada tahun 2012. Bidang kepakaran beliau
dalam pendidikan guru ialah e-Pedagogi, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri,
Metakognisi, Penulisan, Kajian Pengajaran,Kajian Pengajaran, Literasi Visual,
Teknik-Teknik Penyoalan dan pembinaan bahan aplikasi mudah alih dan e-buku.
Beliau juga memenangi beberapa anugerah Innergy Award Kementerian Pendidikan
Singapura, terkini pada tahun 2024 dan 2025.