Cikgu Muslim Hanafiah
Cikgu Muslim Hanafiah
Guru Pakar
Cikgu Muslim Hanafiah telah berkhidmat dalam bidang pendidikan sejak tahun 1992. Beliau telah meraih kelulusan Sarjana Muda (Kepujian) pada 2007 dan Sarjana pada 2012. Beliau telah menceburi beberapa bidang dalam ruang lingkup pendidikan selain daripada guru di bilik darjah. Beliau berpengalaman bertugas sebagai Pegawai Penulis Kurikulum dan Perancang Kurikulum di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum.
Cikgu Muslim berpengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah. Beliau juga pernah bertugas sebagai tutor universiti di Institut Pendidikan Nasional (NIE/NTU). Cikgu Muslim manyandang tugas Ketua Subjek selama 10 tahun sebelum dilantik sebagai Guru Kanan, Guru Peneraju dan kemudiannya sebagai Guru Pakar pada tahun 2014.
Selain Bahasa Melayu, Cikgu Muslim juga mengajar subjek Kesusasteraan Melayu dan telah banyak menerajui aktiviti bersama sekolah-sekolah kelompok dan zonal seperti lawatan luar negeri, perkongsian profesional dan pementasan teater Blackbox. Cikgu Muslim percaya bahawa pembelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu haruslah menarik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian penggunanya. Dengan itu, Cikgu Muslim sentiasa mencari peluang dalam penerokaan pedagogi baharu bagi PdP Bahasa dan Kesusasteraan Melayu untuk digunakan para guru di bilik darjah.