Mission and Vision
Misi
Membudayakan kecemerlangan profesional dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang mendukung ciri-ciri guru Arif Budiman.
Visi
Menjadi pusat latihan guru yang cemerlang bagi Bahasa Melayu.
MLCS berperanan sebagai pusat latihan dan pembangunan guru. Menjalankan latihan dalam perkhidmatan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Singapura. MLCS beraspirasi mencapai kecemerlangan dalam perkara yang berikut.
- Membina kepimpinan yang berkualiti dalam kalangan guru;
- Mendalami pengetahuan dan pemahaman guru-guru akan teori dan amali;
- Mempertingkatkan kolaborasi dalam kalangan guru;
- Meningkatkan pembelajaran yang berterusan; dan
- Menghargai bahasa, sastera dan budaya Melayu.
Peranan
- Menjalankan kursus-kursus dan latihan-latihan dalam perkhidmatan dan peningkatan profesional bagi guru-guru bahasa Melayu.
- Membina program pementoran bagi guru-guru yang berpotensi menjadi Guru Kanan, Guru Peneraju dan juga Guru Pakar.
- Menjadi pusat sumber dan pusat bagi kajian bilik darjah.
- Mempertingkatkan keupayaan guru dengan melibatkan mereka dalam pembinaan bahan mengajar melalui kurikulum berdasarkan sekolah.
- Membina rangkaian dan hubungan dengan pusat bahasa di peringkat serantau dan antarabangsa.