Cikgu Muhamad Rafi Abu Bakar
Meet Cikgu Rafi, a Master Teacher at Pusat Bahasa Melayu Singapura, with expertise in e-pedagogy, inquiry-based learning, and curriculum development.

Cikgu Muhamad Rafi Abu Bakar
Guru Pakar
Cikgu Rafi mendapat Diploma Pendidikan pada tahun 1993. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) di NTU/NIE pada tahun 2003 dan peringkat Sarjana pada tahun 2010 daripada universiti yang sama.
Beliau berpengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah. Cikgu Rafi pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan (PE/CCA, Bahasa Ibunda dan Disiplin) semasa mengajar di sekolah rendah dan menengah.
Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perancangan Kurikulum sebelum dipindahkan ke Pusat Bahasa Melayu Singapura. Cikgu Rafi mempunyai pengalaman membina kurikulum dan membina bahan buku teks sekolah menengah sewaktu bertugas di Kementerian Pendidikan (2009).
Beliau dilantik sebagai Guru Pakar pada tahun 2012. Bidang kepakaran beliau dalam pendidikan guru ialah e-Pedagogi, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, Metakognisi, Penulisan, Kajian Pengajaran,Kajian Pengajaran, Literasi Visual, Teknik-Teknik Penyoalan dan pembinaan bahan aplikasi mudah alih dan e-buku.
Beliau juga memenangi beberapa anugerah Innergy Award Kementerian Pendidikan Singapura, terkini pada tahun 2024 dan 2025.
